Ayat power untuk promosi produk

Ayat power untuk promosi produk ialah ayat iklan yang apabila pelanggan baca dan dia rasakan iklan itu ditujukan kepada dia.

Itulah dianya ayat power.

Bukan ayat bombastik atau ayat fantastik.

Jadi apabila pelanggan baca iklan dan rasa didalam hati bahwa produk yang dipromosikan itu adalah sangat sesuai kepada dia bermakna iklan itu tepat ditujukan kepada prospek yang berkenaan.

Oleh itu apabila korang buat ayat iklan nak promosi produk kena buat kajian sedikit tentang kesesuaian ayat yang digunakan.

Letakkan diri ditempat pengguna/pelanggan.

Dan fikirlah sekiranya korang baca ayat iklan tu ada terasa nak beli tak?

Ayat power yang berkesan ialah ayat yang datangya dari hati.

Oleh itu nak buat ayat power kena banyak bertenang, dan minda kena clear.

Nampak simple tapi tak semudah itu.

Jika tak percaya cuba baca kisah Nabi s.a.w. yang berniaga menjadi popular dan dipercayai kerana gelaran Al amin yang sekiranya korang fikir itulah branding Baginda s.a.w.

Saya percaya jika apabila korang tenang, sabar solat dan teruskan usaha.

Apa ayat power yang Baginda s.a.w guna?

Mudah sahaja, ikhlas dan jujur.

Jual barang rosak, awal-awal dah bagitau pelanggan dan kadangkala sanggup mengejar pelanggan yang pulang kerana terlupa nak bgaitau ada kerosakan pada produk yang dibeli.

Sekadar perkongsian.

Bagaimana korang pulak?

Dah ada ayat power untuk nak promosi produk anda sendiri?

Tentu ada bukan?

Jika belum ada ….

Klik sini ketahui cara promosi di FB dengan teknik yang betul!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*