Ayat power adalah ayat promosi yang memahami kehendak pelanggan

Ayat power bukanlah semata-mata ayat power.

Contoh: SALE! DISKAUN 95%

Sekali imbas, wow!

Memang power, kan?

Sebenarnya tak power pun. Kenapa?

Dia kata sale tapi tak tahu pun barang apa dia jual?

Ayat macam ni akan menarik semua orang sebab orang nak tahu barang apa.

Selepas dapat info, barang yang dijual takde dalam wishlist jadi orang tak beli.

Pelanggan akan beli barang yang dia fikir ada dalam kepala dia dia nak beli untuk selesaikan masalah yang dia tengah hadapi.

Contoh: Minggu nak buka sekolah. Ramai orang cari baju dan kasut sekolah untuk anak-anak nak mula sekolah.

Jadi penjual baju dan kasut sekolah jika nak buat promosi waktu ini perlu buat ayat yang jelas untuk tarik pelanggan ini.

Ayat power yang mungkin ditulis, “DISKAUN 80% DAPATKAN BAJU DAN KASUT SEKOLAH UNTUK ANAK ANDA SEKARANG! STOK TERHAD. KUALITI DIJAMIN SELESA”.

Ini baru ayat power!

Ayat power ialah ayat yang memenuhi citarasa pelanggan dan memahami kehendak pelanggan kerana ia boleh menyelesaikan masalah mereka.

Klik sini ketahui cara promosi dengan ayat yang betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *