Ayat mudah nak promote barang hanya dengan cara santai

Ayat mudah nak promote barang adalah tak susah sebenarnya.

Kita selalu memikirkan ayat pemasaran yang skema.

Ini mitos!

Tidak semestinya.

Apabila kita promosi di media sosial, mesti ingat semua orang dalam mood santai.

Takde yang nak stress.

Jadi bila kita promosi dengan ayat skema, kompom orang akan lari.

Kita juga selalu fikir ayat apa yang sesuai nak promote barang dan kita seakan buntu fikir dan fikir dan fikir.

Akhirnya tak bergerak.

Jadi janganlah gusar, bila kita stress idea ayat tak keluar.

Bagi cambah banyak idea dalam otak, kita perlu bertenang dan cool.

Dalam keadaan ni barulah mencurah idea keluar.

Sebenarnya kita semua ada idea tu, cumanya kita tidak catit dan susun supaya ianya nampak ada struktur dan pattern.

Jika anda mahu tips mencipta ayat-ayat nak promosi produk anda boleh belajar sebenarnya.

Ianya tak susah jika anda ada ilmu mencipta ayat promosi.

Ada pelbagai cara nak buat ayat promosi.

Samada buat ayat seakan bercerita, testimoni, perkongsian, tips, petua, atau apa saja tetapi mestilah fokus dan berkaitan produk yang kita jual.

Contoh sekiranya kita jual produk Shaklee, banyak status update yang kita boleh share untuk penuhkan status kita.

Especially, tips kecantikan dan tips kesihatan.

Shaklee ada pelbagai produk dan setiap satu ada bahan aktif untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.

Oleh itu share satu tips untuk satu post.

Dengan cara ini kita akan nampak banyak status.

Dan semuanya satu persatu. Fokus.

Elakkan lump sum atau longgok semua faedah dan kebaikan produk dalam satu post untuk elakkan bakal pelanggan menjadi konfius dan gagal buat keputusan utuk membeli.

Hard sell boleh sekali sekala tapi bukan setiap post itu semuanya war war jualan.

Tugas kita hanyalah recommend, recommend, recommend dan banyak kali ulang tayang.

Bila banyak dah info yang dikeluarkan dengan cara ini kita anggap semua orang baca dan lepas itu bolehlah buat offer kepada siapa nak beli.

Kemudian ulang semula lagi sharing info sehingga dah cukup ulang tayang tanya lagi siapa nak beli.

Ulang dan ulang.

In shaa Allah.

Klik sini ketahui cara yang betul untuk berniaga di Fesbuk!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*