Ayat copywriting homestay untuk dapatkan tempahan pelanggan

Jika anda sebagai pelanggan homestay apa yang paling penting?

Bayangkan sekarang waktu cuti sekolah.

Anak-anak dah start bising nak cuti jalan-jalan.

Cuti pulak tiba ngam waktu tengah bulan dan belum gaji.

Apa yang anda fikir terbaik tentulah nak pergi berjalan tapi waktu yang sama nak jimat.

Dah tentu tentu faktor pertama yang akan dipertimbang ialah  harga.

Tapi faktor harga bukanlah satu-satunya.

Bila faktor harga dah memuaskan hati, faktor seterusnya yang akan dinilai ialah kelengkapan homestay yang melebihi kehendak pelanggan yang menjadi ukuran samada ianya berbaloi untuk disewa.

Maksudnya kalau mahal sangat pun orang tak mau sewa walaupun homestay lengkap dan menawan.

Namun jika murah sangat pun tapi keadaan homestay yang tidak memuaskan yang mana keperluan basic pun tak ada tentu orang pun tak mahu sewa.

Jadi perlu ada keseimbangan antara harga yang munasabah dan kelengkapan homestay anda.

Jangan ambil mudah untuk berjaya dengan uruskan homestay.

Ketahui aspek utama yang perlu dijaga bagi memastikan pelanggan ingat dan kenang servis homestay anda.

Ini adalah kerana kita harap mereka akan cari homestay kita setiap kali mereka ada urusan di sekitar kawasan homestay anda!

Klik sini Iklankan Homestay Dengan Cara PRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *