Ayat-ayat promosi online yang sesuai untuk tarik perhatian prospek


Ayat promosi online yang digunakan mestilah mampu untuk bina kepercayaan dan kredibiliti di FB.

Jadi, bagaimana untuk membina kredibiliti di internet?

Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya iaitu usahawan.

Untuk memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes itu dikenali ramai, pengemudi itu perlu tahu melakukan sesuatu, iaitu promosi.

Kebanyakan di antara mereka yang menjual di internet juga sering lakukan kesilapan.

Mungkin ada diantara yang masuk ke group iklan di internet dan post secara terus di wall tersebut.

Tidak salah untuk anda sertainya, tetapi anda sendiri boleh lihat adakah ianya berkesan?

Ditambah pula dengan ribuan iklan yang lain turut serta di dalam sesebuah group itu…dan akhirnya iklan anda tiada makna lagi.

Baiklah.

Bila bercakap tentang ilmu promosi, promosi ada banyak jenis seperti
promosi terang-terangan dan promosi secara halus.

Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik suka berkongsi ilmu dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi sedikit.

Soalnya, bagaimana cara melakukannya?

Gunakan strategi halus ini.

Sebenarnya saya nak dedahkan bagaimana anda juga boleh ‘menjual’ di
personal profil anda.

Namun, ianya dilakukan secara halus dan pastinya berkesan!

Baiklah.

Facebook personal profile adalah bahagian utama apabila kita memasuki (login) ke Facebook.

Di sini kita boleh mempunyai maksimum 5000 orang kawan (Friends).

Kita boleh ‘add’ pengguna Facebook yang lain, ataupun mereka yang ‘add’ kita.

Persoalan di sini adalah bolehkah kita menjual produk di personal profile?

Bukankah ia hanya untuk berkenalan, berkawan, bersantai dan menambah
kenalan baru?

Jawapannya..

Boleh dengan bersyarat!

Syaratnya adalah kita menggunakan teknik yang betul dan berkesan.

Pernah dengar pepatah “bagai menarik rambut dari tepung”?

Dalam artikel ini, kita akan gunakan konsep yang sama, iaitu dipanggil
sebagai “soft selling”.

Soft selling adakah teknik menjual “sambil menyelam minum air”, iaitu sambil kita kongsikan sesuatu di bahagian status Facebook, orang akan mahu beli produk kita ataupun bertanya mengenai bisnes dan produk kita.

Cara untuk melakukannya cukup mudah!

Lakukan seperti berikut (5 teknik didedahkan):

1. Soft selling bukan promosi terang-terangan. Jangan guna perkataan seperti:
~ “beli sekarang”,
~ “klik sekarang”,
~ “hubungi saya sekarang”,
~ “promosi terhad!”,
~ “diskaun hebat!”

dan sebagainya.

Ia tidak sesuai di personal profile.

Jika anda tetap bertegas mahu lakukan ‘Hard Selling’ terpulang.

2. Gunakan ayat bentuk bercerita. Contohnya katakan kita baru balik dari pejabat pos, kita letak sekali gambar yang telah diposkan dan beritahu kita baru saja balik dari pejabat pos.

Contoh lain, kita ceritakan respons pelanggan dalam bentuk bercerita, seperti,

“Saya amat gembira kerana kebanyakan pelanggan yang guna produk ini hantar SMS perkembangan yang positif.”

Sertakan gambar produk bersama tulisan tersebut.

3. Beritahu tugas yang sedang dilakukan.

Contoh: “Sedang siapkan tempahan pelanggan. Perlu diposkan sebelum
jam 3 petang ini.”

4. Kongsi cerita sebenar. Contohnya anda bercerita mengenai bisnes yang sedang dilakukan. Mengapa menceburi bisnes itu, matlamat, perancangan
dan sebagainya. Sebut nama produk jika perlu.

5. Boleh letak link website ataupun instagram bisnes di setiap perkongsian soft selling seperti di atas, tetapi elakkan terlalu kerap. Beritahu link informasi produk setelah ada yang bertanya di ruangan komen. Ada satu lagi teknik yang saya baru fikirkan semalam. Ramai yang terlepas pandang teknik ini.

6. Wujudkan sebuah album khas produk. Letakkan maklumat jelas bagi setiap produk. Elakkan letak harga. Biar prospek bertanya sendiri sama ada di bahagian komen gambar ataupun melalui Inbox.

Ok sedikit sebanyak ayat promosi online dah dikongsikan diharap ianya dapat diamalkan.

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FREE Download!

Nak RAHSIA Berniaga di FB?
>>KLIK SINI!<<

Sadaqah tanda syukur

Subscribe to Sembang Blogger

Klik sini!

Archives

Nuffnang

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com