Apa ke hal yang best sangat tentang Perodua Bezza ni?

Kecoh satu malaysia memperkatakan tentang Perodua Bezza.

Nampak macam Toyoto Vios.

Macam Honda City pun ada.

Ye ke tak?

Apa pun kualiti terbaik pada harga yang terbaik?

Siapa pun takkan lepaskan.

Dijangka akan meletop!

Yang penting buatan Malaysia.

9 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Bezza (2016)

Dikenali sebagai Perodua Bezza, nama itu sendiri sebenarnya diambil daripada model konsep Perodua yang didedahkan di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010.

Sedia maklum juga, Perodua Bezza atau dikenali sebagai Perodua Sedan sebelum ini bakal dilancarkan pada 21 Julai 2016. Sebelum menanti hari pelancaran, apa kata kita kenali dahulu ciri-ciri menarik Perodua Bezza.

1. DUA PILIHAN ENJIN

Perodua Bezza hadir dengan kapasiti enjin 1.0L dan 1.3L. Bagi enjin 1.0L 1KR-VE dengan VVT-i, ia menghasilkan kuasa sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan tork 91Nm (4,400rpm). Manakala enjin 1.3L dijana enjin 1NR-VE dengan Dual VVT-i berkuasa 94hp (4,400rpm) dan tork 121 (4,000rpm).

2. TAMPIL 3 VARIAN

Perodua Bezza tampil dengan tiga varian; Bezza Standard G (1.0L), Bezza Premium X (1.3L) dan Bezza Advance (1.3L).

Jenis transmisi ialah automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan, tetapi varian Bezza Advance cuma ada transmisi automatik sahaja.

3. CIRI KESELAMATAN TERMAJU

Menarik mengenai Bezza ialah semua varian dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik( EBD). Bagi varian Advance pula mendapat tambahan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

4. SISTEM MULA-HENTI

Perodua Bezza bakal memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Pembeli Bezza Premium X dan Advance turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar, akses pintar, punat mula-henti dan port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang, punat kawalan jauh untuk bukaan but.

Ciri audio pula didatangkan standard bersama sambungan USB untuk semua varian, manakala Bezza Premium X mendapat tambahan fungsi wayarles, Bluetooth dan Bezza Advance dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi dan ‘Smart Link’ berserta kamera undur.

6. TERIMA 5-BINTANG ASEAN NCAP

Bagi versi premium, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

7. WARANTI 5 TAHUN

Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000km perbatuan.

8. PRAKTIKALITI

Tidak juga dilupakan aspek praktikaliti yang sinonim dengan model Perodua, di mana konfigurasi tempat duduk belakang Bezza boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan.

9. HARGA KOMPETITIF

Bagaimana pula harga? Jika lihat pada brosur dilampirkan, Perodua turut nyatakan harga Perodua Bezza adalah mampu milik. Ya, harga Perodua Bezza berada sekitar RM37,300 hingga RM50,800.

harga bezza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *