Anda usahawan sukar dapat pinjaman perniagaan bank?

Pinjaman Perniagaan Bank

Tadi baru borak-borak dengan seorang usahawan. Kebetulan kereta wife seat belakang kotor sangat almaklumlah anak-anak gemar menumpahkan susu, minuman dan pelbagai makanan kat dalam kereta.

Usahawan ni buat servis cuci dalaman kereta secara mobile so kita tak perlu keluar rumah dengan harga yang amat berpatutan.

Ini macam juga orang buat servis cuci rumah (housekeeping). Kita call dan buat appointment, mereka datang cuci.

So, bila lepas habis kerja cuci brader ni saya jumpa dan tanya dia kata buat servis full time. Ada juga keinginan nak ada kedai polish kereta tapi dah try approach bank nak buat loan tapi kena reject pula.

Saya pun beri idea kadang bank reject ni bukan apa pun tapi sebab kebanyakan usahawan kerja sendiri takde slip gaji tu biasa dan yang kekurangan paling ketara ialah tidak simpan rekod servis.

Dia pun akui juga memang bab-bab maintain rekod ni memang takde apalagi resit pun takde bagi. Ini dipanggil bisnes sempoi. Amat rugi jika nak bisnes jauh mesti rajin rekod butir perkhidmatan, duit keluar masuk, database pelanggan dan lain-lain.

Inilah rekod-rekod kita yang boleh bantu yakinkan bank bahwa kita serius bisnes dan boleh nampak berapa value bisnes kita sebenarnya.

Mandangkan mungkin ada ramai lagi usahawan yang senasib dengan brader ni maka saya pun buat search dan jumpa dua panduan berkaitan usahawan/bukan usahawan untuk nak mengetahui cara nak mohon loan bank:

Tips 1 – Klik sini

Tips 2 – Klik sini

Moga tujuan saya berkongsi dapat dimanfaatkan bagi yang berhajat especially dapat bantu usahawan yang sangat memerlukan pembiayaan besar bagi mmengukuhkan tapak bisnes mereka.

Pinjaman Perniagaan Bank
Pinjaman Perniagaan Bank

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com