Anda pendiam terasa sukar nak buat promosi?

Ada setengah orang rasa dia tak sesuai buat bisnes sebab macam mana nak buat promosi kalau nak bercakap pun susah. Adakah bisnes ni sesuai bagi mereka yang banyak cakap? Tak semestinya kan. Kalau tak tak ujud la bisnes online ni. Alam maya adalah alternatif yang sangat sesuai bagi anda yang pendiam.

Pernah tak dengar lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Cuba kita tukar, tulisan itu lebih power dari mulut murai haha. Joke saja. Kita pun tau kan ada orang banyak cakap tapi isi dia zero. Maksudnya tak semestinya banyak cakap teknik promosi dia bagus. Yang penting kita mesti ada strategi promosi. Teknik ini mesti difahami terlebih dahulu apabila membuat jualan online.

Bagi anda yang pendiam berapa banyak medium sosial yang anda boleh gunakan untuk melancarkan kempen promosi anda. Sebenarnya ada satu dua pun dah banyak sebab kita sendiri pun tak akan ada banyak masa nak layan media sosial ini semua. Yang penting fokus dan konsisten dengan satu dulu contohnya facebook.

Kemudian yang lebih penting dalam strategi promosi ni adalah pengisiannya. Isi mesti bernas dan pandai menarik perhatian prospek. Kenapa proespek perlu memberi perhatian kepada promosi yang anda buat. Prospek tak tahu samada anda pendiam atau tidak tapi prospek melihat kepada tulisan anda. Apa isi yang anda kongsikan dengan mereka yang boleh selesaikan masalah prospek dan apa benefit yang prospek boleh perolehi apabila mereka beli produk yang anda promosikan. Jadi prospek melihat kualiti promosi anda lebih dari menilai samada anda ni pendiam atau banyak cakap. Pendiam atau tidak tak masalah sebenarnya jika anda nak menjual. Yang penting mesti bijak.

Klik sini —> Pendiam tapi nak bisnes?

6 thoughts on “Anda pendiam terasa sukar nak buat promosi?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *