Anda pemilik kereta wanita nak tahu tips penjagaan kereta?

Penulis jemputan: Faiz

Saya nak kongsi satu cerita.

Masih teringat lagi.

Ini kisah jiran saya beliau seorang pemandu wanita.

Ayahnya adalah seorang pomen di kampung saya.

Satu hari dia call ayahnya cuma nak maklumkan yang beliau dah hantar kereta kancilnya ke bengkel kereta kerana ada masalah.

Apa yang mengejutkan ayahnya ialah pomen di bengkel dimana kereta kancil di hantar bukan nak mencari kerosakan dan membaiki enjin kereta tersebut tetapi memberitahu kancil tersebut perlu ditukar enjin baru.

Bagi seorang wanita yang tidak mahir bab kereta mungkin ini perkara serius dan memang benar kancil tersebut betul-betul perlukan enjin baru.

Namun bagi seorang pomen yang telus berita ni seperti ada yang tidak kena.

Dalam hal ini juga walaupun jiran saya ini ayahnya seorang pomen tetapi tidak semestinya beliau tahu tentang kereta.

Ilmu penjagaan kereta perlu dipelajari.

Bukan kerana kita nak buka bengkel atau kita ambil kursus automotif tapi semua orang pun ada kereta sendiri.

Kebanyakannya kita hanya tahu start enjin dan jalan sahaja.

Ada perkara-perkara yang sangat asas yang perlu anda tahu sebagai seorang pemilik kereta, antaranya:

1. Perlu cek air bateri kereta selalu. Takde air, alamat bateri kong dan kereta tak boleh dihidupkan. Perlu bantuan bateri dari kereta lain dan guna jumper untuk hidupkan enjin kereta anda.

2. Paras minyak enjin mesti selalu pada paras selamat  supaya enjin tidak haus cepat dan elakkan kerosakan enjin.

3. Nak on aircon jangan sampai kelajuan kereta mencecah paras 100 km/jam, seeloknya masa kereta belum bergerak.

4. Tayar mestilah buat alignment setiap jarak kilometer tertentu dan buat rotation supaya tak haus sebelah je (Rotation tu apa?).

5. Sentiasa lihat paras air dalam radiator. Jangan sampai kering nanti berasap enjin silap-silap boleh piston melekat dan akibatnya kena overhaul.

Ini asas sahaja yang pemilik kereta mesti tau jika anda sayang kereta lah kan. Tak sayang tak apa. Kalau rosak hantar bengkel je. Habis cerita.

Namun bagi mereka yang sayangkan kereta anda adalah mesti menitik beratkan penjagaan kereta yang asas supaya ianya sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda.

Kereta yang dijaga baik tidak anda mengecewakan pemiliknya disaat kereta sangat diperlukan penggunaannya.

Kerata yang tidak dijaga baik, silap-silap nanti dia merajuk dengan kita (rosak la tu).

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Jagalah kereta anda.

Sayangilah kereta anda.

Selamatkan poket anda.

Dapatkan tips penjagaan kereta hari ini.

Mengenai Faiz:

faizFaiz merupakan seorang mekanik part time dan berpengalaman dalam kerja-kerja modifikasi kereta mengikut spesifikasi JPJ. Beliau mempunyai blog EZ Motorsport dan boleh dihubungi di laman FB Wira Xtreme.

4 Comments

  1. assalam saya baru beli keta sec blm..mcm mna saya nk servis dulu..yg asas..kereta ni ok je..berapa kilometer perjalanan harus saya servis..sekarang kilometer dlm 130,000km..keta auto tahun 2008

  2. alfaizal; waalaikumussalam, seeloknya lihat buku servis maintenance yang disediakan oleh proton. jika boleh ikut cadangan servis dalam buku tu jika mahu kereta anda berumur panjang dan sentiasa dalam keadaan elok. untuk mengetahui tips penjagaan kereta yang lebih banyak boleh baca disini.

  3. Slm tuan, info yg sgt berguna… Boleh tuan kongsikan tip2 penjagaan kereta baru? Mmg kne panaskan enjin ke sblm gerak? Klu on aircond sejurus kita on enjin blh jejaskan kereta jgak ke? Sy pengguna Perodua alza

  4. ema; panaskan enjin kereta tidak perlu terlalu lama. seminit dua sudah mencukupi apabila maintain rpm meter enjin telah stabil dan kemudian baru on aircon.

    terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*