Anda nak berjaya sebagai usahawan? Say goodbye to zon selesa!

Malas!

Nilah sebenarnya yang menjadi penghalang manusia untuk berjaya.

Kita dah biasa dengan keadaan yang biasa – biasa je.

Kita dah rasa cukup dengan keadaan yang biasa – biasa je.

Keadaan ini terjadi kerana kita terasa selesa dengan keadaan kita sekarang.

Bak orang kata “business as usual”.

Memang cliche!

Tapi jika anda berfikir jauh dan di sudut hati anda terdetik ‘sampai bila aku akan jadi macam ni’ – anda sudah meletakkan diri anda dalam satu keadaan tidak selesa.

Orang yang selesa berasa cukup dan tidak perlu berusaha lebih.

Orang yang tidak berasa selesa dengan keadaannya sekarang bermakna dia berada di luar zon selesa.

Mereka ini akan cuba pula berusaha mencari jalan untuk membuat tindakan susulan agar dia berubah kepada keadaan yang difikirkan lebih selesa.

Ini adalah step pertama untuk berjaya. Keluar dari zon selesa 1 untuk menuju kepada zon selesa 2.

Dalam zon selesa 2, kita tentu dah berasa selesa. Jika keadaan terus begini maka tindakan yang dibuat hanyalah maintain keadaan yang ada.

Jika kita ada mindset nak berjaya, terus kembali berfikir, ‘ sampai bila aku harus terus begini’ (ujudkan kedaaan zon tidak selesa).

Keluar dari zon selesa 2 dan bergerak dan berusaha menuju kepada zon selesa 3 dan begitulah seterusnya.

Begitulah sepatutnya mind set bagi mereka yang bercita-cita dan mahu berjaya dengan cemerlang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *