Anak pokok Harumanis tulin untuk dijual

Anak pokok Harumanis ini adalah tulin dan diimport dari Mardi Sintok ke Bangi, Selangor. Jika berminat untuk dapatkannya sila tinggalkan nombor telefon di ruangan komen. Hanya ada beberapa anak pokok yang available. Jadi siapa cepat dia yang dapat.

Maklumat berkaitan anak pokok Harumanis adalah seperti dibawah:

1. Berapa umur anak pokok sekarang (Umur 6- 8 Bulan)

2. Harumanis mula berbuah pada umur berapa (3 tahun selepas ditanam mengikut amalan pertanian yang betul)

3. Adakah buah bermusim, bila musimnya berbuah (Bermusim, memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan musim kemarau untuk mengeluarkan bunga. Musim Harumanis diantara bulan Mei hingga Julai setia tahun mengikut cuaca)

4. Jenis tanah apa yang sesuai (tanah yang bertekstur antara tanah gembur berkeladak dengan gembur berkeladak dengan tanah gembur berliat serta bersaliran baik).

Harumanis merupakan sejenis mempelam yang eksotik. Kalau kita masih ingat lagi dulu kita ada betik eksotika yang sangat popular dan meletup hingga dieksport ke negeri China. Betik ini masih ada cuma disebabkan penyakit pengeluarannya telah tergendala. Begitu juga Harumanis. Ianya telah dieksport ke Jepun. Namun kerana harganya yang melambung adalah ekonomik jika kita sendiri menjual di dalam negara berbanding dieksport kerana melibatkan banyak kos logistik dan akhirnya margin keuntungan tidak memuaskan.

Buah harumanis mahal kerana permintaan melebihi pengeluaran, perlu penjagaan yang sangat rapi dan kualiti buah itu sendiri sangat istimewa. Berikut hrga harumanis antara tahun 2014 sehingga 2017:

– harga harumanis pada tahun 2014 antara RM24 – RM27

– harga harumanis pada tahun 2015 antara RM25 – RM28

– harga harumanis pada tahun 2016 antara RM30 – RM40

– harga harumanis pada tahun 2017 antara RM20 – RM50

Jadi tak rugi tanam harumanis sebab dia ada nilai komersil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *