Amalkan istighfar ringankan beban ujian musibah anda




Bertaubatlah!

Apabila kita ditimpa ujian, jangan lupa untuk bertaubat.

Musibah atau ujian adalah alat Allah swt agar kita ingat kepadaNya.

Mungkin kita tidak sedar selalunya tujuan ujian ini diturunkan kepada kita.

Ujian yang turun kita anggap biasa jadi tidak timbul keinsafan.

Ini senario yang selalu terjadi:

  1. Kita ditimpa musibah
  2. Kita terfikir, kenapa aku?
  3. Mohon Allah swt hapuskan musibah itu dari kita

Walhal sepatutnya:

  1. Kita terlalai dari ingat pada Allah swt
  2. Kita insan terpilih untuk kembali ke pangkal jalan
  3. Istighfar setiap saat mohon keampunan dari Allah swt

Konsep menangani musibah perlu diperbetulkan.

Apabila hebatnya ujian datang, kita haru perhebatkan istighfar mohon keampunan pada Allah swt.

Ini adalah keran musibah yang datang tadi adalah kerana kita sudah lama tinggalkan Allah swt dan dosa-dosa kita sudah melonggok banyak dan menyekat rezeki dari masuk (tertangguh).

Bila musibah melanda maka dosa-dosa kita akan gugur masa kita bertaubat dan seterusnya memudahkan urusan yang sulit.

Namun sekiranya kita mengeluh, dosa-dosa tidak luput malah dosa kita akan bertambah malah pula hidup kita tambah serabut (hilang keberkatan).

Jadi berwaspadalah.

Klik sini —> Istighfar mudahkan urusan

[PERHATIAN!] Nak Contoh Ayat Jualan FB dan Instagram SEGERA? Hanya COPY, ADJUST & PASTE Ayat Jualan Ini untuk Mula Promote Produk dan Servis Anda HARI INI! ---> Apply Template Ayat Jualan Ini di Akaun FB Profile / FB Group / Instagram Anda SEKARANG dan Lihatlah Bagaimana Hasilnya!

About Azam Mohd 699 Articles
Penulis blog merupakan blogger sambilan. Blog ini juga menerima artikel dari penulis luar yang ingin menunjukkan bakat atau ingin memasarkan produk dan servis masing-masing di blog ini secara PERCUMA sebagai aktiviti CSR dan dakwah. Sila hubungi penulis jika berminat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*