Amalan syukur menjemput ketenangan dan kebahagiaan

Syukur tidak boleh dibuat-buat. Syukur juga bukan setakat di mulut. Syukur bermaksud menerima apa yang ada ditangan. Redha dengan apa yang sedang dialami. Itu bukan bermaksud terima dan tidak buat apa-apa untuk menambahbaik kehidupan.

Syukur yang perlu diamalkan adalah syukur terlebih dulu dengan apa yang ada. Berbanding merungut dengan apa yang ada. Merungut ini yang dilarang. Apabila dah start merungut maka habislah pahala malah menjemput dosa.

Syukur adalah pada saat yang pertama. Bila dah appreciate nikmat sedia ada then barulah kita mengharap berdoa dan usaha untuk capai nikmat yang seterusnya. Itulah konsep syukur yang betul.

Bersyukurlah pasti Allah swt akan tambah nikmat atau sebaliknya jika tidak bersyukur maka akan berdosa.

Bukan senang nak bersyukur. Hanya mereka yang sedar dengan nikmat yang sedang dinikmati baru dia akan bersyukur.

Yang tidak bersyukur tu maksudnya dia tidak sedar atau buat tak tahu yang bahawasanya Allah swt telah memberi dia nikmat.

Allah swt ingin uji kita. Dengan sedikit nikmat itu apa rekasi kita.

Anda bagaimana?

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *