Amalan setiap pagi yang jadikan sales makin deras

Ini perkongsian ikhlas dari Facebook Nadiah Azaman ppk.

Bismillahirrahmanirrahim

Ok saya nak kongsikan amalan yang saya cakap sebelum ni, yang saya dapat dari seorang founder produk.

Siapa founder tu biarlah saya rahsiakan ๐Ÿ™‚
Semoga beliau perolehi pahala berganda kerana berkongsi.

Ok amalan yang saya buat ni simple sangat sebenarnya. Dan mungkin ada yang dah buat.

Solat sunat sebelum Subuh, Dhuha, al mathurat, dan lain-lain tu boleh terus amalkan seperti biasa. Besar fadhilatnya.

Cuma saya tambah amalan ini.

Yang penting untuk buat amalan ini, kena ada emak dan konsisten/istiqamah.

Siapa yang tak ada emak kan?hehe.

Ok begini, setiap pagi, (seeloknya dalam waktu Dhuha), saya akan sedekahkan duit pada emak saya.

Kadang-kadang ada jugak terlupa waktu pagi nak sedekah. So saya usaha sedekah juga pada waktu malam pun.

Tapi, macam saya ni dah tak ada mak kandung sebab mak dah meninggal, jadi saya sedekahkan pada mak mertua saya.

Mak mertua saya pulak jauh tinggalnya. Kalau bagi by hand mungkin lebih mustajab amalan ini:)

Jadi, macam saya, saya minta nombor akaun bank mak mertua saya pada suami, dan saya sedekahkan melalui akaun transfer pada nya setiap pagi. Sambil niat semoga Allah lapangkan rezeki pada haritu.

(Sebenarnya, mak mertua saya tak tahu lagi saya duk transfer duit dekat dia setiap hari. Tapi setakat tak bagi tahu ni pun, Alhamdulillah memang Allah lapangkan rezeki saja rasa)

Sedekah boleh buat sebanyak mana kita mampu. RM1, RM5, RM10, RM50 ke, tak kisah, asalkan kita buat amalan ni setiap hari.

Keyword nya istiqamah.

Walaupun kita tak ada banyak duit, bagi je yang termampu. Asalkan bagi setiap hari.

Tak perlu bagitahu mak pun takpe. Cuba amalkan ni selama 30 hari.

Suruh mak keluarkan duit lepas 30 hari. Bagi dia happy, gembira. Mungkin asbab mak gembira dengan apa kita buat tu, Allah redha, dan lapangkan lagi rezeki kita.

Oh ya, ramai yang tanya kalau dah memang hujung bulan bagi dekat mak sejumlah duit macamana?

Ini pendapat saya sahaja ya.
Macam hujung bulan tu, saya still bagi. Bagi sebagai tanggungjawab.

Tapi, yang saya share sedekah setiap hari ni saya bagi sebagai amalan saya untuk menjemput rezeki setiap hari.

Kalau macam kita rasa mak kita dah banyak duit, dan memang kita dah bagi tiap hujung bulan. Boleh saja nak bagi pada mak mertua atau saudara kita lain yang susah.

Disclaimer : Ini salah satu cara sahaja menjemput rezeki ya dan saya sekadar share pengalaman saya. Result nya tak semestinya sama setiap orang,

===================================

Dulu, masa mak saya hidup lagi, sangat best bila bagi mak duit. Mak mesti doakan semoga bisnes makin maju. The best feeling ever.

Siapa yang nak bagi mak by hand setiap hari lagi bagus tau. Lepas bagi tu minta mak doakan terus untuk kita.

Fuhh serius power tau doa mak ni.
Tak percaya boleh cuba dulu.

=====================================

Salah satu cara agar luas rezeki ialah sedekah:-

โ€œBandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui. โ€
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Sedekah yang paling baik itu pula ialah kepada orang yang terdekat:-

Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam juga bersabda:
ุงูŽู„ุตูŽู‘ุฏูŽู‚ูŽุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุณู’ูƒููŠู’ู†ู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ูˆูŽ ู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐููŠ ุงู„ุฑูŽู‘ุญูู…ู ุงุซู’ู†ูŽุชูŽุงู†ู : ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ูˆูŽ ุตู
โ€œBersedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, dan kepada kerabat ada dua (kebaikan); sedekah dan silaturrahim.โ€ (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasaโ€™i, Ibnu Majah dan Hakim, Shahihul Jamiโ€™ no. 3858)

Siapakah orang yang paling dekat, pastilah kedua ibu bapa:-
โ€œDan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.โ€ (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *