Amalan sedekah itu ajaib boleh panjangkan umur

Diriwayatkan suatu kisah Nabi Ibrahim a.s. pernah diberitahu tentang seseorang yang akan diambil nyawanya sebelum hari pernikahannya esok. Tergerak hati baginda ingin memberitahu orang tersebut agar jangan menikah agar bakal isterinya kelak tidak merana.

Namun hasrat itu tidaklah kesampaian kerana khuatir kelak mengganggu aturan Allah swt yang lebih layak dan berkuasa atas setiap hambaNya. Lalu dibiarkan sahaja kisah itu berlalu sehinggalah hari demi hari tahun demi tahun orang yang tersebut masih tetap hidup dan berkahwin serta berkeluarga.

Lalu setelah sekian lama Nabi Ibrahim a.s. pun hairan lalu tergerak hatinya dan bertanya kepada malaikat. Mengapakah dahulunya diberitahu orang itu akan dicabut nyawanya namun sehingga kini tidak pula mati-mati, adakah malaikat berbohong kepadanya.

Malaikat pun menjelaskan bahawa orang itu telah menyerahkan separuh dari hartanya ke jalan Allah s.w.t. dan dihalang malaikat dari mencabut nyawanya oleh Allah s.w.t. jua. lalu Nabi Ibrahim a.s. pun fahamlah.

Dan dizaman Nabi Muhamad s.a.w. juga konsep ini terpakai dimana jelas dalam satu hadis nabi ada mengatakan:

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegahnya daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

~ Riwayat Bukhari

Jadi kita sebagai umat yakinlah bahawa sedekah itu bukanlah suatu perbuatan yang sia-sia belaka malah memberi manfaat dunia juga akhirat tetapi jangan salah faham yang sedekah itu tak semestinya separuh dari harta tetapi berpadalah ikut kemampuan dan keperluan.

Berimanlah kita denganNya.

Yakin padaNya.

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *