Ajaib sedekah RM3 boleh hasilkan RM300

Bukan hype tapi memang betul terjadi pada diri sendiri.

Harini dah plan untuk servis kereta sebab mileage dah cecah angka yang sepatutnya.

So bila keluar nak beli sarapan pagi terus terfikir nak keluarkan RM300 bila singgah kat pam petrol Petronas sebab kat situ ada mesin ATM MEPS.

Tapi yang herannya bila 3 kali cucuk kad ketiga-tiga kali semuanya tendang balik.

Kad tak boleh nak verify katanya.

Memang cuak jugak macam mana nih kan. Ingat malas nak guna kad kredit kat pusat servis nanti. Seeloknya tengah ada duit ni kita guna cash sahaja dan elak berhutang.

Mula-mula ingat mungkin sebab cip kad ni mungkin dah kusam so dua tiga kali juga cuba gosok gosok gosok dan cuba cucuk balik tapi memang rejek juga.

Tiba-tiba dala kepala terlintas yang situasi ni tak mungkin hanya sebab musabab fizikal semata so cepat-cepat tarik kad dan pusing belakang.

Bagi peluang orang lain dulu nak kelaur duit.

Kat Petronas ni stesen dia memang ada khas terletak tabung-tabung sedekah yang diletak di satu tempat khas oleh mana-mana badan macam masjid, pusat anak yatim etc.

So, apa lagi ni je usaha yang aku terfikir nak buat. Tarik tiga ringgit keluar dari dompet dan masukkan ke dalam tiga tabung berlainan.

Mungkin nampak tiga ringgit ni kecik tapi impaknya memang aku sendiri kagum. Cucuk lagi kat mesin ATM lepas tu everything went smoothly.

Berjaya keluarkan RM300 tanpa ada rejection pun macam tadi.

Satu benda yang aku sangat percaya ialah satu perkara itu terhalang hanya disebabkan perkara lain yang perlu kita tunaikan terlebih dulu.

Dalam hal ini, ada hak orang lain dalam dompet tu. Tunaikan hak tersebut kemudian baru hal kita boleh beres.

Kita mungkin terhutang, kita sendiri tak tahu. Bukan sengaja tapi tak tahu. Jadi seeloknya sebelum guna duit, kita seeloknya tunaikan zakat dan sedekah dulu. Buat kiraan ikut persen gaji.

Buat dulu sebaik dapat gaji lepas tu in shaa Allah urusan akan lancar.

Moga sama-sama dapat manfaat.

Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *