Adsense halal atau haram?

Adsense halal atau haram?

Kita tengok dulu apa itu adsense?

Adsense ialah medium pengiklanan yang kita boleh join sebagai pengiklan bisnes kita sendiri atau sebagai agen yang memaparkan iklan orang lain.

Jadi apa salahnya dengan bisnes iklan ni?

Takde salah pun.

Sama macam buat bisnes lain.

Buat bisnes halal maka halal lah. Tak jual benda haram.

Jual barang haram maka dapatlah hasil haram.

Begitu juga buat duit dengan adsense. Jika iklan yang dipaparkan itu berkenaan dengan kasino, insuran konvensional, pinjaman bank konvensional, .dan lain-lain yang haram dan ada orang klik maka hasil komisen adsense kita juga haram.

Nak elak hasil adsense jadi haram maka elakkanlah paparkan iklan haram.

Eh, bukan ke iklan adsense ni standard tak boleh pilih-pilih.

Haaa…itu dulu punya pemikiran yang akata iklan ini tak boleh ubah tapi sekarang ni sudah ada pemikiran baru jika kita cuba rujuk google dan blog-blog sudah ada maklumat baru.

Aku dulu pun macam tu bila dah baca info baru terus la block semua ikla-iklan yang tak berapa nak yakin kehalalannya.

Ada dua cara nak blok iklan haram.

Pertama dari dalam dashboard adsense. Log ini dan cuba cari option untuk paparkan iklan. Iklan di banyak kategori contoh fesyen, insuran, perbankan, etc etc. SO dari sini kita boleh enable atau disable mana kategori iklan yang rasanya tak halal.

Satu lagi cara yang lebih mudah, pergi saje ke blog kita sendiri dan lihat samada iklan yang dipaparkan oleh adsense tersebut adalah patuh syariah atau tak. Jika tidak maka kita terus boleh blok dari display iklan tersebut. caranya ialah klik pada tanda cross kat sebelah kanan atas. Bila dah klik, dia akan paparkan kenyataan “hentikan iklan ini”. Bila klik lagi, akan ada paparan lain, so kita klik “iklan ini tidak sesuai:. Dari sini adsense dah tau dan dia tak akan paparkan iklan sebegitu lagi di blog kita. Hasilnya, iklan lain yang lebih sesuai akan keluar. So, kita terus boleh pantau dan pilih iklan yang sesuai sehinggalah kita puas hati.

Jandi jangan cakap aku tak payung bro!

Jom pastikan iklan adsense kita halal bagi menjamin pendapatan yang halal hasil cari duit dengan adsense atau jana duit google adsense.

In shaa Allah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *