7 contoh copywriting headline memukau

Headline atau Tajuk adalah faktor terpenting dalam sesebuah Copywriting atau Ayat Jualan.

Kerana, 80% kejayaan pelanggan membeli produk anda adalah disebabkan tajuk.

Kenapa tajuk memainkan peranan yang penting? Untuk menarik perhatian pelanggan membaca iklan anda sehingga habis.

Tak kisahlah anda beriklan di mana pun samada percuma atau berbayar.

Headline memainkan peranan yang sangat penting.

Untuk menarik perhatian pelanggan agar dapat tengok offer kita terlebih dulu.

Berikut adalah 6 elemen penting dalam menulis tajuk yang memukau:

1)Magic Word

2)Nombor Ganjil

3)Keyword

4)Pecahan Keyword

5)Kelebihan Produk

6)Menyelesaikan Masalah

Untuk mendapat tajuk yang memukau, anda perlu tulis tajuk yang padat dan kontot.

Minimum perkataan untuk satu tajuk adalah sebanyak 3 perkataan.

Dan, maksimum perkataan untuk satu tajuk adalah sebanyak 11 perkataan.

===

Contoh untuk menulis tajuk yang memukau adalah:

1)Bagaimana Dapatkan 1,000 Pelanggan Dalam Masa 30 Hari
(Magic Word + Menyelesaikan Masalah + Kelebihan Produk)

2)7 Tip Kuruskan Badan Tanpa Bersenam
(Nombor Ganjil + Magic Word + Menyelesaikan Masalah + Kelebihan Produk)

3)Rahsia Dapatkan LIKE Facebook Tanpa Guna Facebook Ads
(Magic Word + Pecahan Keyword + Kelebihan Produk)

4)TIP FACEBOOK ADS – Kumpul 1,000 Mailing List Dalam Masa 3 Bulan(Magic Word + Pecahan Keyword – Kelebihan Produk)

5)TIP COPYWRITING – 1 Perkataan Buat Jualan Anda Naik Sebanyak 300%
(Magic Word + Keyword – Pecahan Keyword + Kelebihan Produk)

6)5 Teknik Copywriting – Buat Pelanggan Tak Sabar Membeli!
(Nombor Ganjil + Magic Word + Keyword – Menyelesaikan Masalah)

7)TIP KESIHATAN – Formula MUDAH Sihat Tanpa Berdiet!
(Magic Word + Keyword – Magic Word + Kelebihan Produk)

Koleksi Perkataan ‘Magic Word’ Tajuk Memukau:

Teknik..

Bagaimana..

Rahsia..

Strategi..

Percuma..

Kini..

Taktik..

Formula..

Panas..

Nombor ganjil (3,5,7,9..)

Diskaun..

Terhad..

Ingin..

Cara..

Tip..

Terbaru..

Mahu..

Terkini..

Cara kuasai..

Mudahnya..

Cara baru..

Istimewa!

Magik..

Ghaibkan..

Panduan..

Hanya..

Alat..

Trick..

Trik..

Kuasai..

Langkah demi langkah..

Bongkar..

Dibongkarkan..

Jangan pandang remeh kepentingan tajuk iklan.

Cer tengok iklan kita balik.

Tajuk tu dah ong ke belum?

Agak agak kalau kita ni client ada rasa nak klik tak?

Fikir fikir kan lah ye.

Klik sini ketahui formula hasilkan ayat promosi yang POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *