4 Trik buat jualan di Instagram

Setelah meneliti dan membuat sedikit penyelidikan, ada 4 trik yang mahu saya ceritakan disini terkait dengan buat jualan di instagram.

Nak tahu kan sangat-sangat apa dia.

  1. Gambar yang unik (foto memukau)
  2. Caption yang menarik (ayat power)
  3. Follower yang berkenaan (niche)
  4. Hashtag yang tepat

Fokus ini sahaja dahulu sebab bila kita tidak fokus memang tak akan menjadi. Banyak dicerita orang itu ini teknik auto dan sebagai jangan terpengaruh jika anda newbie.

Buat yang asas dulu, mahirkan dan lihat hasilnya dulu. Jika berjaya baru fikir next step. Silapnya jangan tak menjadi yang asas terus shortcut nanti anda tak ke mana-mana.

Gambar memukau

Instagram sendiri merupakan satu akaun sosial yang pada awalnya ialah untuk menarik minat lebih kepada jurufoto atau orang layman yang minat akan gambar dan mengambil gambar.

Jadi jangan lupa itu bahwa Instagram bukannya untuk buat jualan tapi tonjolkan gambar-gambar dulu. Jualan tu hanya bonusnya kemudian kan datang.

Hasilkan foto memukau dengan angle-angle produk dari sudut yang tak pernah dibuat orang. Gila-gila sikit la. Then adjust dengan filter-filter yang pelbagai. Cuba boleh?

Caption ayat menggoda

Gambar mengungkap seribu cerita – itu asasnya. Tapi tambah lagi dengan caption yang menggoda. Jangan menggoda buat-buat. Tapi buat godaan yang natutal. Macammana? Buat satu cerita. Tulis satu cerita. Bukan cerita drama atau cerita serius. Tulis satu cerita pendek dan santai je.

Buat caption macam tu, cerita pendek, menarik dan santai untuk setiap gambar utama. Cuba dulu.

Follower setia

Dapatkan follower yang berkaitan sahaja. Follow insta lain dulu tapi jangan follow sembarang tapi follow yang berkaitan sahaja berkaitan akaun insta kita. Follower yang minat dia akan terus follow tapi jika kita follow insta yang tak berkaitan lama-lama diaorang akan lari nanti sebab tak match dengan minat masing-masing.

Hashtag yang tepat

Kena buat research dulu yang ni. Apa hashtag yang trendy plus yang sangat berkaitan dengan niche kita. Skrin dulu banyak-banyak kemudian pilih yang popular, trendy dan berkaitan sahaja. Macammana nak guna hashtag ni?

Letak hashtag untuk every post gambar. Pentingnya hashtag ini mudah follower nak cari, nak ikut dan nak like. Kita boleh tengok banyak insta yang cantik lawa tapi takde hashtag sebabkan sukar follower nak search. Tak jumpa. Rugi kalau macam tu. Anda jangan buat macam tu, penat nanti.

Tulah ramai yang macam tahu macam nana nak insta tapi sebenarnya masih yang basic pun tak mahir susah nak upgrade ke ke depan.

Mahirkan instagram knowledge anda jika benar-benar nak bisnes guna insta ok.

Klik sini ketahui formula bina ayat promosi yang POWER!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*