4 rahsia jemput jodoh bagi wanita elak tanggapan perigi cari timba

Ada 4 Langkah Menyeru Jodoh

1. Banyakkan berdoa
2. Perhatikan tanda-tanda Allah – selepas berdoa, perhatikan tanda-tanda Allah. Barangkali Allah memberikan sesuatu setelah kita berdoa
3. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
4. Lalui moment itu – go with the flow – Seperti kisah di bawah yang akan diceritakan, anak perempuan itu pergi sahaja ke reunion itu walau tiada kawan-kawan yang sebatch dengannya yang datang.

Nak tahu tak ceritanya?

Inilah kisah seru jodoh yang boleh diamalkan oleh wanita agar menjaga air muka dan tata susila yang tinggi.

Ceritanya begini ……..

Seorang anak perempuan sudah berumur 35 tahun, masih belum mendapatkan jodohnya. Justeru, suatu hari si ibu mengajak anaknya itu untuk berdoa. Mereka bangun malam dan sama-sama berdoa supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.

Tiap kali solat mereka berdoa, hatta pada solat Dhuha. Selepas 7 hari mengamalkannya, ada surat jemputan reunion datang ke rumah mereka. Apabila si ibu khabarkan kepada anak perempuannya, kelihatan anaknya itu malas.

Si ibu cuba memujuk dengan mengatakan, ada kemungkinan jodohnya di situ. Mungkin ia adalah tanda-tanda Allah memakbulkan doa mereka dengan sampainya surat jemputan reunion itu di rumah mereka.

Anak perempuannya tersedar dan bersetuju untuk pergi. Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin surat reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Tidak cukup dengan itu, ibu dan anak itu bersedekah dengan apa yang ada pada mereka.

Antara barang yang mereka sedekahkan adalah cincin, untuk meningkatkan pemakbulan doa mereka kepada Allah.

Si anak perempuan mula menelefon kawan-kawannya. Majoriti kawannya tidak datang ke reunion itu. Kemudian, anaknya itu datang ke reunion itu. Ketika anaknya datang ke reunion, tiada satu pun kawan-kawan sebatch dengannya, datang pada hari itu.

Suatu ketika, ada seorang lelaki menegurnya. Selepas berbual, rupa-rupanya lelaki itu juga tiada kawan-kawannya yang datang, yang dia kenal. Beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang kepada lelaki itu.

Perempuan itu mula rasa kecewa. Kemudian, perempuan itu bertanya, kepada lelaki itu – daripada tadi hanya nampak anak, isterinya di mana? Lelaki itu menjawab, isterinya telah meninggal. Perempuan itu mula tersenyum. Si perempuan bertanyakan bila isterinya meninggal.

Si lelaki menjawab sudah 2 tahun. Selepas itu, perempuan meluahkan dia juga masih belum berkahwin. Mereka berkawan selama 3 bulan, dan seterusnya bernikah.

Untuk ketahui teknik memikat lelaki tanpa nampak terlalu desperate, sila lawati laman pikat lelaki ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *