4 langkah bina fanpage di Facebook

Sebelum saya terangkan kepada anda bagaimana mahu bina fanpage untuk bisnes anda atau untuk apa sahaja biar saya terangkan pengenalannya terlebih dahulu. Kita mulakan dengan apa itu fanpage.

Apa itu Fanpage

Fanpage adalah satu sub akaun yang anda boleh buka dibawah akaun profil Facebook anda. Tujuan asalnya adalah untuk berkongsi minat individu dengan individu yang lain. Namun oleh kerana Facebook telah meluas digunakan sebagai satu medium pemasaran maka Fanpage yang anda akan bina fungsinya adalah lebih kepada senjata untuk memasarkan produk yang anda ingin promosikan.

Kelebihan Fanpage

Kelebihan Fanpage adalah sama seperti blogspot. Hanya dengan satu akaun emel anda boleh buka banyak Fanpage. Cuma kelebihan Fanpage adalah sama seperti Facebook dimana sifat viral dan feature ‘like’ menjadikan tugas pemasaran anda akan menjadi lebih mudah. Berbanding blog yang mana anda mesti menarik trafik untuk mendapatkan pembaca, bagi Facebook trafik memang telah sedia ada dan tugas anda hanya nak menarik perhatian agar orang lain membaca dan ‘like’ seterusnya klik link produk atau servis anda. Anda mempunyai pelbagai produk dan servis untuk dijual? Memang sangat sesuailah kerana anda boleh bina spesifik Fanpage untuk setiap produk/servis anda. Namun dalam sesetengah produk/servis berkaitan yang tergolong dalam satu niche ianya masih boleh dipertimbangkan untuk dipromosikan dalam satu Fanpage (contoh: Baby Item – stroller, car seat, toys, baju baby etc). Bagi produk yang jauh berbeza, sangat tidak sesuai untuk dipromosikan dalam satu Fanpage yang sama (contoh: makanan kesihatan, tudung, bengkel kereta etc).

Cara Bina Fanpage

Dalam artikel ini saya akan tunjukkan anda cara untuk bina Fanpage dengan cara yang betul. Langkah pertama yang perlu anda buat adalah dengan log in ke Facebook.com. Jika anda belum ada akaun, anda hendaklah sign up sekarang.

Langkah seterusnya pergi kepada link ini …

http://www.facebook.com/pages/create.php

Membina Fanpage sebenarnya sangat mudah tetapi masih ramai yang belum tahu bagaimana nak membuatnya dan kunci yang paling utama adalah apa jenis Fanpage yang paling sesuai.

cara bina fanpage step 1

Merujuk kepada gambar di atas, anda perlu pilih “Brand or Product”…

Kemudian pilih kategori produk mengikut minat atau niche yang anda cuba pasarkan, samada Website dan sebagainya. Kemudian namakan Fanpage tersebut menurut “keyword” niche atau produk anda setelah membuat sedikit kajian pasaran. Selain “keyword” anda juga boleh gunakan “nama brand” anda sendiri tapi bukan nama brand hakcipta terpelihara seperti Sony, Acer, HP dll.

Kemudian klik “Get Started”…

cara bina fanpage step 2

Langkah selepas ini tidak kurang pentingnya yang akan menentukan kejayaan Fanpage anda.

Bina Gambar Profil Anda

Bagi pembinaan gambar ini anda perlu mendapatkan imej yang berkaitan dengan niche anda. Ramai juga yang dapatkan imej dari  “Google images” namun anda perlu berhati-hati kerana mungkin ianya dilindungi oleh Hakcipta Terpelihara. Imej yang perlu dicari mestilah imej yang menonjol dan menarik minat ramai pada masa yang sama berkait rapat dengan niche yang anda cuba pasarkan.

Imej Percuma

Bagi mendapatkan imej percuma anda bolehlah dapatkannya di sini;

http://www.fotolia.com/

http://www.istockphoto.com/

Jika susah sangat guna je “Google Images” hehe…

Kedua sumber diatas mempunyai koleksi imej yang sangat elok. Sebenarnya yang paling mudah ialah dengan mengambil gambar sendiri dengan kamera jana imej sendiri dengan perisian yang sesuai. Pilihlah imej atau suasana yang berkaitan dengan niche anda.

Setelah membuat pilihan, “Save” imej tersebut dalam komputer anda. Seterusnya anda bolehlah ubahsuai gambar profil anda, jika perlu. Ada banyak kaedah untuk ubahsuai, samada  anda gunakan perisian Paint, GIMP atau and juga boleh gunakan perisian secara online dengan klik link ini;

http://www.Pixlr.com

Upload Gambar Profil Anda Ke Fanpage

Rujuk kepada gambar dibawah sekarang anda boleh upload imej banner profil yang telah anda buat dengan klik “Upload an Image”….

cara bina fanpage step 3

Setelah upload banner tersebut dan terus klik “Continue”.

Jadi, sekarang anda telah pun ada Fanpage anda sendiri dan bolehlah mulakan pemasaran dengan menggunakan platform ini.

Sebelum itu anda jangan lupa untuk upload imej cover atau header fanpage anda. Bagi mendapatkan cover yang profesional anda boleh upah designer. Banyak servis yang ditawarkan secara online. Anda juga boleh buat sendiri, tidak susah untuk membuatnya.

Namun jika anda perlukan bantuan, sila rujuk cara untuk hasilkan cover timeline Fanpage yang profesional dengan perisian online percuma merujuk kepada cara bina timeline facebook cover.

Anda telah mengikuti cara step by step bina Fanpage bagi Facebook. Diharapkan, dengan perkongsian tersebut, anda semakin jelas dan faham bagaimana bina fan page.

Mungkin pada peringkat permulaan ini anda rasa ‘janggal’, masih keliru atau wujud sifat ‘takut-takut’. Ini adalah normal bagi semua orang orang apabila mempelajari perkara-perkara yang tidak pernah dipelajari.

Apa yang disentuh di dalam post ini hanyalah ‘sedikit’ agar anda tidak mengalami ‘limpahan maklumat’ (information overload) iaitu akibat banyak sangat ilmu baru yang dipelajari, maka anda tidak dapat fokus dan tidak mendapat hasil yang tidak memuaskan.

Baca, faham dan praktikkan ilmu-ilmu yang anda pelajari di dalam post ini untuk apa sahaja tujuan yang memberikan kebaikan untuk anda.

Bina fanpage anda step by step mulai dari sekarang.

 

Rahsia Bisnes Fesbuk Fanpage

2 thoughts on “4 langkah bina fanpage di Facebook”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *