4 jenis pelanggan anda perlu tahu untuk bantu mudahkan jualan

Sekiranya anda berniaga mesti kenal 4 jenis manusia atas muka bumi Allah ini:

 

-Kinestetik

Orang kinestetik ini sifatnya suka bergerak tak reti duduk diam.

Dan jenis orang yang berperasaan feeling feeling love gitu.

Jadi untuk close sale orang sebegini anda perlu tunjukkan demo cara pakai produk atau servis.

Bagi mereka tester produk PERCUMA untuk mereka merasai pengalaman memakai produk tersebut.

 

-visual

Sukakan gambar dan warna-warni.

Jadi gambar memainkan perasan penting bila anda beriklan Di FB atau Instagram.

Untuk close sale orang sebegini cer guna perkataan “bayangkan “.

Contoh produk krim pemutih muka.

“Cuba bayangkan anda pakai dexeo skincare muka anda pasti putih melepak bak snow white sehinggakan semua orang terpikat Pada anda kalah Nelofa”.

 

-Audio

Orang yang jenis mendengar.

Suka dengar cerita orang.

Jadi untuk orang sebegini untuk closing sale beri mereka testimoni pelanggan terdahulu.

 

-Digital

Orang jenis ini agak detail dan sukakan fakta.

Teliti dalam memilih produk untuk dibeli.

Dia akan tanya produk Ini ada KKM ke tak?

Ada sijil halal ke? Ada logo halal?

Diperbuat daripada apa?

Agak sukar closing sale orang sebegini tapi bila berjaya closing sale orang sebegini bukan satu dia beli tapi 10 item dia beli siap rekemen pada kawan-kawan dia lagi.

Dengan kita kenal mereka lebih mudah kita nak buat pemasaran bersistematik dan tidak buat serkap jarang bahawa semua orang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *