4 contoh ayat power untuk promosi produk

Pembaca akan ditunjukkan 4 contoh skrip ayat promosi produk yang berkesan untuk membuat jualan di Facebook.

Apa yang bakal pembaca temui nanti adalah skrip-skrip yang sering digunakan oleh pengamal-pengamal Copywriting di Malaysia.

Tugas kami adalah berkongsi ilmu ini agar kita mendapat manfaatnya bersama-sama.

Skrip #1

Contoh skrip ayat promosi produk:

Tengah cari baju renang Muslimah?

Baju renang ini membantu wanita, terutamanya Muslimah menutup aurat ketika berenang di kolam atau pantai.

Kerana, ianya menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.

Berminat?

Telefon kami, SEKARANG ! : 012-3456790

Skrip #1 ini adalah skrip simple yang boleh kita tulis untuk menarik minat pelanggan membeli produk kita.

Formula yang digunakan untuk menulis skrip #1 adalah:

Headline/Tajuk
1 Kelebihan Utama Produk
Call-to-Action (CTA)

Bagi peniaga baru yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online, skrip ini sesuai digunakan di status Facebook.

Elakkan memberi kelebihan produk dengan banyak.

Cukup dengan kita memberi 1 manfaat utama yang pelanggan boleh dapat daripada produk kita.

Skrip #2

Contoh skrip ayat promosi produk:

>>Bagaimana menghilangkan hutang pinjaman dalam masa 5 tahun untuk penjawat awam?<<

Hutang pinjaman adalah hutang yang dibuat untuk membeli kereta dan rumah.

Bagi penjawat awam, pinjaman untuk membeli kereta dan rumah adalah cukup mudah.

Tanpa memikirkan masa hadapan, banyak penjawat awam membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah.

Dengan alasan, lagi cepat membuat pinjaman, lagi cepat hutang selesai.

Kesannya, ramai penjawat awam yang masih menanggung hutang sehingga mereka hampir pencen.

Kerana hal sebegini boleh berlaku?

Apa yang boleh kita simpulkan, banyak sebab yang boleh berlaku kenapa ramai penjawat awam masih menanggung hutang walaupun mereka sudah hampir dengan pencen.

==
3 Cara Hilangkan Hutang Pinjaman Dalam Masa 5 Tahun
==
1)Cara #1

Kurangkan belanja, tambahkan pendapatan.

Cara paling ‘kuno’ tetapi masih berkesan sehingga ke hari ini.

Cuba kawal perbelanjaan supaya kita tidak berbelanja melebihi pendapatan.

Setiap bulan, cuba potong sebanyak mungkin perbelanjaan yang tidak patut, untuk digantikan sebagai simpanan.

Lebihan daripada pendapatan ini, kita kumpul setiap bulan.

Lihat berapa banyak yang kita dapat simpan dalam masa setahun.

Jika dalam sebulan kita dapat menyimpan sebanyak RM500, dalam masa setahun, kita dapat menyimpan sebanyak RM6,000.

Matlamat untuk menghilangkan hutang pinjaman semakin hampir untuk selesai.

2)Cara #2

Tambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan.

Selain mengurangkan pendapatan, kita juga boleh membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Antara kerja-kerja sampingan yang boleh kita lakukan adalah membuat apa yang kita suka.

Sebagai contoh, kita suka berniaga.

Kita boleh sertai bisnes yang berkonsep Affiliate atau Dropship.

Risiko kerugian agak rendah. Pendapatan yang tinggi jika kena dengan cara pemasaran dan jualannya.

Atau, kita suka memasak.

Kita boleh terbitkan ebook atau video yang berkaitan dengan masakan.

Kemudian kita jual secara online.

Pendapatan jenis ini juga berisiko rendah.

Kerana, kita tidak memerlukan modal yang tinggi untuk menulis ebook atau merakam video.

3)Cara #3

Masuk ke dalam pelaburan hartanah.

Cuba melabur wang simpanan yang kita kumpul ke dalam hartanah.

Beli rumah lelong.

Buat renovation, dan sewa kepada orang.

Hasil sewaan, kita gunakan untuk membayar pinjaman rumah lelong dan simpan selebihnya untuk menjelaskan hutang pinjaman yang lain.
.
.
.
Khas buat penjawat awam..

MAHU kami bantu anda hilangkan hutang kereta dan rumah dalam masa 5 tahun dari sekarang?

Kuasai cara sebenar bagaimana seorang penjawat awam menghilangkan hutang pinjaman dan hutang peribadinya dalam masa kurang 3 tahun.

Malah, sekarang beliau memiliki 4 buah rumah yang bernilai lebih RM1 juta!

Memperkenalkan..

Ebook 21 Panduan Hilangkan Hutang Pinjaman Untuk Penjawat Awam

Ebook ini membantu anda:

1)7 Cara untuk mula mengurangkan perbelanjaan dan mula menyimpan wang lebihan pendapatan sebanyak RM500 sebulan.

2)9 Teknik mula melabur dalam hartanah dan menambah pendapatan dengan rumah sewa.

3)5 Strategi Berkesan – Langkah demi langkah bagaimana menghilangkan hutang pinjaman atau hutang peribadi dalam masa kurang 5 tahun dari sekarang!

Berminat? Lihat tawaran bonus kami di bawah ini..

Bagi anda yang memiliki ebook 21 Panduan Hilangkan Hutang Pinjaman Untuk Penjawat Awam, kami tambah 2 ebook menambah pendapatan ini secara PERCUMA!:

a)Ebook 7 Lokasi Demand Untuk Membuat Rumah Sewa (bernilai RM27)

b)Ebook 101 Jenis Bisnes Online & Offline (bernilai RM36)

Bukan itu sahaja..

Jika anda tidak berpuas hati dengan ebook 21 Panduan Hilangkan Hutang Pinjaman Untuk Penjawat Awam ini, anda boleh meminta pulangan wang 100% dalam masa 90 hari!
==
TEMPAH SEKARANG!
==
Harga asal ebook ini adalah RM37.

Promosi untuk hari ini..

–> HANYA RM20 SAHAJA!!

Untuk membeli membeli ebook ini, klik link di bawah ini..
www.linkpembelian.com

PS: Tawaran harga promosi RM20 hanya SAH selama 3 hari sahaja. Dan, ebook ini dijual dengan 100 unit sahaja. Selepas itu, harga akan naik ke harga asal.

Skrip #2 ini agak panjang berbanding dengan Skrip #1.

Kerana, di sini kita akan membina kepercayaan dalam diri pelanggan.

Apabila mereka melihat kita membantu untuk menyelesaikan masalah mereka, mereka akan baca sehingga habis ayat iklan yang kita buat.

Sebabnya, mereka mahu tahu cara untuk menyelesaikan masalah mereka.

Dengan menggunakan Headline/Tajuk yang menyelesaikan masalah, pelanggan akan mudah faham dengan apa yang kita mahu bantu selesaikan masalah mereka.

Apabila pelanggan sudah percaya dengan kita, mudah untuk mereka membeli produk kita.

Pertama, bantu selesaikan masalah pelanggan secara percuma.

Kedua, baru menjual.

Formula yang digunakan untuk Skrip #2 adalah:

Headline/Tajuk
+Simbolik
Pendahuluan
Ceritakan masalah utama pelanggan
Beri penyelesaian masalah pelanggan secara percuma
Subheadline
Cerita kejayaan orang yang sudah berjaya
Tunjukkan produk
Kongsikan 3 kelebihan produk
Tawarkan bonus atau produk percuma
Jaminan
Call-to-Action
+Tunjuk harga
Sense of Urgency

Skrip #3

Contoh skrip ayat promosi produk:

Bagaimana menulis ayat iklan yang menjual?

Kuasai cara sebenar untuk menulis ayat iklan yang betul-betul membantu menghasilkan jualan.

Ilmu ini boleh dipelajari secara PERCUMA!

Sila join group ini –> http://tinyurl.com/groupcopywriting

Sehingga kita berjumpa lagi di dalam group ini nanti.

Skrip #3 ini sesuai digunakan untuk mempromosikan produk percuma.

Tujuannya adalah untuk menarik dan memujuk pelanggan supaya klik link yang kita lampirkan di dalam ayat iklan.

Bagi yang mengumpul mailing-list, skrip ini sesuai diamalkan setiap hari.

Skrip ini boleh digunakan untuk menambah ahli ke dalam group Tips Jual Dengan Perkataan.

Purata yang memohon untuk masuk ke dalam group ini adalah seramai 3-14 orang setiap hari.

Formulanya adalah:

Tajuk yang menarik/menyelesaikan masalah
Tulis 1 kelebihan utama produk
Beritahu produk ini percuma
Call-to-Action
Penegasan

Skrip #4

Contoh skrip ayat promosi produk:

Salam Jutawan;

Terima kasih kerana berminat dengan produk XYZ.

Apa yang bakal anda dapat adalah:

1)Nama Produk #1

Produk ini membantu memutihkan kulit anda dalam masa kurang 7 hari tanpa perlu berlindung daripada panas matahari.

2)Nama Produk #2

Selepas memutihkan kulit, guna produk #2 untuk mencerahkan kulit. Cara menggunakannya adalah sapu krim mencerahkan kulit ini sebelum tidur.

3)Nama Produk #3

Untuk mendapatkan kulit yang gebu dan selembut bayi, sapukan produk #3 setiap kali sebelum keluar rumah.

Berminat?

Harga produk XYZ ini adalah..

–> HANYA RM97 SAHAJA!

>Jaminan Pulangan Wang<<

Jika anda tidak berpuas hati selepas menggunakan produk XYZ dan mahu wang anda dikembali, datang kepada kami dan kami pulangkan wang anda 100% tanpa kompromi!!

–> Tunggu dulu!

Sebelum anda membuat pembayaran, kami ada tawaran istimewa buat anda..

>PERCUMA 1 botol ubat membuang kulit mati<<

Untuk setiap pembelian produk XYZ, kami berikan 1 botol ubat membuang kulit mati yang bernilai RM25 ini secara PERCUMA!
==
TEMPAH SEKARANG!
==
Harga asal produk XYZ adalah RM97.

Promosi hari ini..

–> HANYA RM79 SAHAJA!

Tempah SEKARANG –> Whatsapp produk XYZ ke 012-3456789

PS: Promosi harga RM79 SAH sehingga jam 11:59 malam ini sahaja!

Skrip #4 adalah skrip Closing.

Iaitu, skrip untuk mengunci jualan di Facebook.

Selain menggunakan skrip menjual secara terus, skrip untuk PM ke inbox juga menghasilkan jualan yang sama banyak dengan skrip menjual secara terus (rujuk skrip #1 – #3).

Apabila ada pelanggan yang berminat dengan produk kita, dan meminta untuk PM mereka, kita boleh berikan skrip Closing ini untuk menghasilkan jualan.

Formula Closing yang kita boleh gunakan adalah:

Beri salam
Beritahu apa yang pelanggan bakal dapat
Tunjukkan harga
Sertakan jaminan
Call-to-Action
Post Script

Semoga apa yang disampaikan dapat menambah nilai dan meningkatkan jualan kepada pembaca secara amnya dan kepada pemasar Facebook secara khususnya.

Selamat membaca dan semoga dilimpahi rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah s.w.t.

Amin.

Klik sini ketahui formula hasilkan ayat promosi yang POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *