3 tips mudah jemput jodoh bagi wanita yang berhajat

3 tips confirm menjemput rezeki dalam hidup kita in shaa Allah

Nak share 3 tips murah rezeki lepas dengar radio IKIM.fm pagi tadi yang sebenarnya sebuah hadis. Perawi hadis ini sudah tentunya Abu Hurairah r.a. yang menerima nasihat ini direct terus dari Nabi s.a.w.

Sebelum Nabi s.a.w. wafat Baginda sampaikan pesanan ini kepada Abu Hurairah r.a. yang terkenal miskin tapi masyhur sebagai perawi hadis. Bahkan Abu Hurairah r.a. pernah dilantik sebagai Ketua bagi orang-orang miskin oleh Nabi s.a.w. Maka benarlah Abu Hurairah r.a. itu miskin tidak syak lagi.

Walaubagaimanapun Abu Hurairah r.a. menjadi kaya dihujung waktu hidupnya sebelum meninggal dunia kerana mengamalkan pesan Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. tidak mencari kekayaan tetapi kekayaan yang datang kepadanya.

Nak tahu ke bagaimana Abu Hurairah r.a. menjadi kaya? Nak tahu jawapannya sila baca artike ini sehingga ke penghujungnya.

Ok berbalik kepada tips yang ada tiga tadi.

Apa tipsnya?

1. Amalkan solat sunat Dhuha setiap hari
2. Amalkan solat sunat Witir setiap malam
3. Amalkan puasa di hari-hari putih 13, 14 dan 15 hb setiap bulan menurut haribulan Islam

Jangan ditanya bagaimana dan berapa kelak bakal menyusahkan. Yang utama, buat sahaja secara istiqomah secara long term ikut semampunya (tak faham boleh pm).

In shaa Allah.

Mohon share artikel ini di Facebook supaya kita semua dapat tempias rezeki dunia akhirat apabila orang lain mengamalkan tips yang barokah ini.

Amin.

Jawapan bagaimana Abu Hurairah r.a. menjadi kaya ialah apabila anak perempuannya dipinang oleh orang yang kaya-raya.

Kalau kita perati betul-betul kan, 3 tips ini sepertinya sesuai juga diamalkan untuk menjemput jodoh yang kaya raya. Agak-agak korang setuju ke?

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *