3 sebab utama mengapa blog gagal hasilkan wang buat anda

Blog anda masih gagal buat wang untuk anda?

Walaupun buat blog sebagai sekadar hobi sekurang-kurangnya biarlah ia boleh buat duit at least untuk cover sewa hosting dan domain.

Macam blog saya ni domain free jer pun cuma sewa hosting RM100 setahun (sebab ambil pakej istimewa).

Cuba bayang nak cover RM100 setahun maksudnya sebulan cuma saya mesti dapatkan RM100/12 bulan. Agak2 berapa?

Ya, RM8.33 setiap bulan.

So, sebenarnya untuk blog anda cover diri dia sendiri seeloknya hasilkan RM10.

Tak mustahil.

Namun sekiranya blog anda masih belum hasilkan duit maka ada 3 sebab utama yang boleh saya senaraikan yang perlu anda hadam dan fikirkan agar anda baiki blog anda (sebenarnya banyak lagi faktor lain tapi jangan peningkan kepala sendiri).

Pertama, trafik, keyword, meta diskripsi, meta keyword.

Blog anda kurang trafik.

Antara sebab kurang trafik ialah sebab salah keyword dan bila salah keyword anda akan salah set meta diskripsi dan meta keyword.

Paling mudah nak banyak trafik ialah dengan target beberapa keyword dan buat beberapa post. Kemudian lihat mana keyword yang buat banyak trafik. Bila dah dapat keyword yang tepat atau hampir tepat buat buat banyak post.

Berapa banyak? Sebanyak yang boleh.

Satu keyword target untuk buat sepuluh atau lebih post. Jadi anda akan dapati ianya seperti akar pokok. Banyak post tapi semuanya menjurus kepada satu keyword.

Di mana keyword ini targetnya untuk satu produk/servis/iklan yang akan menjana wang untuk anda.

Atau ada juga kes dimana …

Blog anda banyak trafik tapi masih orang tak membeli.

Mengapa? Rujuk sebab kedua dibawah.

Kedua, conversion, copywriting, funnel bisnes.

Maksudnya orang membaca tetapi tidak tertarik untuk membeli.

Apabila orang membaca blog anda mereka telah mencari melalui google.

Mereka mencari dan terjumpa blog anda setelah menaip keyword yang tepat atau hampir tepat.

Mereka klik tapi masih tak yakin membeli.

Sebabnya ialah penulisan anda masih belum meyakinkan.

Anda mungkin sudah ada produk yang bagus tetapi penulisan atau copywriting anda tidak memukau. Oleh itu mesti belajar copywriting dulu.

Dengan copywriting yang berkesan sebenarnya hanya dengan trafik yang sedikit anda boleh menjadikan blog anda buat duit.

Ketiga, fokus, related post yang tepat sahaja.

Sebab ketiga ialah anda tamak dan ingin promosi banyak produk dalam keyword yang sama.

Ini jadikan pembaca keliru dan tak tahu nak membeli produk yang mana satu.

Seeloknya pilih hanya satu produk untuk satu keyword/niche sahaja supaya segala perhatian tertumpu kepada satu produk dan pembaca tiada pilihan lain selain satu produk itu sahaja.

Cara ini banyak menjimatkan masa dari membuatkan pembaca mengambil masa untuk ambil tindakan membeli.

Sebenarnya ada satu lagi sebab mengapa blog anda tidak membuat wang.

Tapi ini memanglah sebab yang sangat tidak logik tetapi mungkin juga terjadi sebab anda tidak bertanya orang lain dan anda juga seorang yang lambat belajar.

Nak tahu apa sebab dia?

Sebabnya ialah anda tidak tahu apa program yang anda boleh join untuk membuat wang dengan blog.

Wang tidak datang bergolek dan anda kena ada usaha dan anda juga mesti ada ilmu membuat wang menerusi blog.

Nak tahu caranya?

Sila hubungi saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *