3 sebab kenapa anda rasa bosan dalam hidup dan cara mengatasinya

Hidup ni memanglah membosankan kecuali …

Kenapa hidup perlu melalui rutin yang membosankan? Hidup ini rasa membosankan apabila kita hidup tanpa jiwa. Bila kita hidup ibarat Zombie, apa sahaja yang dilalui macam kosong. Tak ada makna.

Bila kita hidup atas dasar memenuhi kehendak atau kepentingan diri sendiri dan keperluan fizikal tanpa perlu mengisi kekosongan rohani dan memenuhi kepuashatian orang lain, hidup kita akan kosong… kosong… kosong. Terasa hidup tanpa arah tujuan.

Tiada kepuasan.

Bagaimana nak mengatasi perasaan ini?

Cuba fikirkan perkara berikut:

1.Ingatlah Allah swt di setiap detik waktu. Dia ada kita diwaktu kita senang dan susah tanpa ada diskriminasi kecuali jika kita berbuat dosa. Mungkin dari sebab dosa itu yang menjadikan syaitan meniupkan rasa bosan dalam hidup. Jadi waktu begini apabila kebosanan melanda jalannya ialah beristighfar kepada Allah swt sebanyak 80-100 kali sehari.

2. Apakah tujuan kita betul. Nak kaya, nak senang, nak mudah untuk diri sendiri sahaja walhal kita hidup ini kita sebaiknya biarlah memudahkan orang lain. Sebaik-baik manusia adalah yang hidupnya bermanfaat kepada orang lain. Jadi betulkanlah niat hidup kita. Mudahkan urusan orang lain, Allah swt akan mudahkan hidup kita.

3. Buat apa yang kita suka. Jika terpaksa buat apa yang kita tak suka, carilah dari sudut lain pasti ada perkara yang kita suka tentang perkara itu. Tukar disadvantage kepada advantage. Tukar masalah menjadi satu peluang. Dari situ kita akan pandang positif tentang hidup yang kita sedang lalui.

Hidup merupakan satu perjuangan. Untung menjadi seorang muslim, saat susah bersabar kita dapat pahala. Saat senang, kita bersyukur, Allah tambah ganjaran buat kita.

Wallahu’alam.

Fokus: Hidup positif

menghilangkan rasa bosan

menghilangkan rasa bosan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *