2 rakaat selepas solat fardhu jamin keuntungan berkali ganda

Ini adalah kisah untuk ambil iktibar untuk melihat betapa tinggi harga solat kita berbanding harta dunia.

Selalunya sukar untuk kita solat sunat kerana tak nampak harganya oleh itu berat nak buat hanya tumpu buat fardhu sahaja.

Yang sunat tu nampak tak penting.

Sebenarnya sunat pun penting sebab belum tentu yang wajib tu sempurna.

Tentu ada cacat cela kat mana-mana.

Oleh itu yang sunat penting untuk top up mana-mana solat fardhu kita yang tak berapa nak cantek.

Kisah ini mungkin beri sedikit info tentang betapa valuable nya solat sunat tu.

Dikisahkan …Selepas perang Khaibar harta rampasan perang dibahagi-bahagikan dan para sahabat mula berjual beli dengan harta tersebut.

Ada seorang sahabat datang kepada Nabi saw dan memberitahu dia telah mendapat keuntungan yang besar.

Nabi saw bertanya berapa besar keuntungan yang sahabat dapat?

Sahabat menjawab keuntungan yang di dapatinya ialah lebih kurang RM 300 ribu duit kita sekarang.

Lalu Nabi saw membalas.

Tahukah bahawa apa dia keuntungan yang lebih besar daripada itu.

Sahabat pun bertanya sebab ingin tahu.

Nabi saw menjawab, “Solat sunat 2 rakaat selepas solat”.

Maksudnya solat sunat 2 rakaat ini sememangnyalah perlu sebagai back up untuk top up amalan solat fardhu sedia ada.

Begitu juga jika anda pernah dengar tentang solat yang harganya seperti seluruh dunia dan seisinya.

Huh rugi tak buat.

Solat yang sangat valuable ini ialah solat sunat fajar iaitu solat sunat sesudah azan sebuh sebelum solat fardhu subuh.

Bayangkan.

Hanya dengan 2 rakaat keuntungan yang kita dapat berkali ganda.

Inilah yang dikatakan niaga modal kecil tapi dapat untung besar.

Berniaga dengan Allah swt kita pasti tak rugi malah untung besar lagi..hehe

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *