12 contoh ayat viral pantas bantu promosi di Facebook

12 contoh pantas hasilkan post viral:

Anda pasti terfikir “Memang kah post begini senang dapat komen. Bukannya boleh dapat sale pun”.

Kenapa tidak?!

Lebih kurang macam kes JOM HEBOH.

Tarikannya tentulah hiburan, artis atau konsert.

Jualan pula terhasil kerana ramai yang datang.

Kuncinya ialah tarik trafik dulu,kemudian baru jual.

 

Straight to the point, berikut ialah contoh ayat viral:

 

1. Pilihan gambar A atau gambar B

Contoh: Post gambar 2 orang gadis manis, anda tak tau mana nak pilih.

 

2. Isi tempat kosong

Contoh: Buat ayat tapi tinggalkan satu perkataan kosong untuk diteka.

“Saya sanggup ______________ untuk hilangkan resdung.”

Siapkan dengan gambar yang menarik.

Anda pasti terkejut ramai akan komen, dan tiba-tiba wall atau fanpage anda akan jadi lebih aktif dan meriah.

Walaupun post ini diulang-ulang sebulan sekali, namun formula ini masih berikan ‘kick’ untuk viralkan fanpage anda.

 

3. Teka-teki

Contoh:  “Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang sentiasa terbuka, tapi tak boleh tutup”

Siapa yang boleh jawab sila komen di bawah saya ada jawapan, kemudian PM admin berikan jawapan.

Surprise ! jika betul jawapannya Admin berikan diskaun 10%.

 

4. Cadangan hadiah atau FREE gift

Contoh: Formula minta fan anda komen cadangan.

Minta mereka tentukan FREE gift atau hadiah yang bakal mereka terima jika beli produk anda.

Memang selalu akan CASH in RM7 ribu ke RM10 ribu dalam masa 2-3 hari sahaja. (disclaimer ye ! tak janji menjadi pada orang lain)

 

5. Cadangan nama

Contoh:  Sekiranya anda ada anak kucing atau apa-apa sahaja pet, anda boleh minta fan anda cadangkan nama yang sesuai dengan gambar pet anda tu.

Cubalah pasti, enggagement meningkat.

Jika anda jual barangan berkaitan haiwan belaan, boleh gunakan tip ini untuk naikkan jualan anda.

 

6. Cadangan harga

Contoh: Minta pendapat produk apa yang orang suka tanya sekali cadangan harganya, memang pelbagai komen dan cadangan diberikan.

Memang viral.

 

7. Teka perkataan

Contoh: post di wall gambar yang mengandungi abjad abjad dan bahagian paling best ialah, mereka perlu jadikan perkataan sebanyak mungkin.

Anda hanya perlu tanya

” Apakah perkataan yang boleh anda hasilkan daripada gambar ini ”

 

8. Tiga perkataan pertama yang anda nampak

Contoh: Kongsikan gambar perkataan-perkataan yang banyak, dan minta komen salah seorang rakan.

Ini merupakan strategi viral. Di bawah strategi viral ini anda postkan satu posting khas untuk promosi. Pastinya reach post promosi meningkat secara mendadak.

Bak kata Nike, Just Do It. Buat dulu baru tahu.

 

9. Berikan 2 sebab kenapa

Contoh:  “Jap Nak Tanya Sikit ? Kenapa Nasi Lemak Anak Dara Ni Tiba-tiba Laku Keras? Tolong bagi 2 sebab”

Ini merupakan contoh sahaja, saya ingin berikan gambaran mengapa post begini pasti menjadi Viral.

Anda boleh gunakan kreativiti untuk aktifkan fan-fan anda yang sudah lama tidur.

Cubalah.

 

10. Susunan yang betul

Contoh: Post ini merupakan soalan yang melibatkan gambar. Cuba postkan gambar susunan puzzle dan minta fan susunkan mengikut susunan yang betul.

Ringkaskan susunan supaya mereka boleh komen mengikut abjad seperti susunan ABC ke ACB ke BAC ke BCA ke CAB ke CBA.

Mereka akan komen dengan pilihan masing-masing.

 

11. Berapakah jumlah

Contoh:  Selalunya ia merupakan gambar, berapa jumlah binatang ke, berapa jumlah segitiga, berapa jumlah segi empat dan sebagainya.

Mereka akan berikan jawapan mereka. Pasti Viral. Minta mereka share untuk ajak kawan-kawan turut serta komen.

 

12. Baca nombor yang mempunyai maksud (seperti kod)

Contoh: Gabungan nombor dan digit ini mampu sebenarnya menghasilkan perkataan
yang boleh dibaca oleh minda anda.

Sebagai contoh:

54Y4 530R4N6 54H4J4 Y6 80L3H 84C4 1N1
K0M3N D184W4H
54Y4 530R4N6 Y6 H384T

Gunakan kreativiti anda pasti membuahkan hasil ayat promosi berkesan.

Kredit to Amir Syazi.

Klik sini ketahui teknik promosi FB yang POWER!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*